Random

Isnin, 14 Jun 2010

Aku!

Tanggal 9 ogos 1990, lahirlah seorang bayi perempuan di Hospital Sri Aman, Sarawak. Diberi nama Nurul Farhana bt Abd. Razak. Sekarang aku telah meningkat dewasa dan telah menjadi anak gadis dalam keluarga Razkin.Aku mempunyai adik beradik yang lain iaitu dua perempuan dan seorang lelaki.Walaupun hanya empat beradik tapi sudah cukup bagiku kerana aku berasa gembira dengan keluargaku sekarang. Pada 1997, aku telah melangkah kakiku ke alam persekolahan. Sekolah yang pertama aku jejak adalah Sekolah Kebangsaan Bagan Serai. Tapi hanya setahun sahaja aku disitu. Pada tahun yang berikutnya aku bertukar ke Sekolah Kebangsaan Jalan Matang Buluh sehingga lah aku darjah enam. Seterusnya pada tahun 2003, aku meneruskan persekolahan diperingkat menengah rendah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Serai.Hanya tiga tahun sahaja aku menimba ilmu di sekolah itu. Macam2 telah aku pelajari disitu. Dan pada 2006, aku telah bertukar ke Sekolah Menengah Teknik Taiping.Aku meneruskan jurusan yang aku minat disitu. Di sekolah ini, aku menetap diasrama selama dua tahun dan berjaya hidup berdikari tanpa bantuan keluarga. Aku juga telah mengenali rakan-rakan yang baru dari tempat yang berbeza.
Selepas itu, aku telah melanjutkan pelajaran disalah sebuah institusi tempatan di negara ini.Bidang yang telah aku ceburi adalah bidang perakaunan. Minat aku begitu mendalam dalam bidang ini.Aku akan membuat yang terbaik dalam hidupku.
Harapan aku pada masa akan datang adalah aku ingin membalas jasa kedua ibubapaku, ingin menjadi seorang yang berguna, mempunyai kerjaya yang baik, mempunyai keluarga yang bahagia pada masa akan datang, dan yang terakhir ingin berada disamping orang-orang yang tersayang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan